Tuesday 29 March 2011

PeNdRiVe...

Pada blog kali ini harneez ingin berkongsi dengan pembaca mengenai sejarah koleksi harneez iaitu flash drive usb atau lebih dikenali sebagai pendrive...


Flash drive ini sebenarnye merupakan satu medium untuk menyimpan maklumat daripada komputer... Flash drive ini juga boleh menyimpan dokumen, gambar, video, lagu, aplikasi dan sebagainya... 


Terlebih dahulu lebih baik kita mengetahu mengenai sejarah ringkas dan jenis-jenis medium untuk menyimpan maklumat daripada komputer... Medium menyimpan maklumat ini bermula daripada floppy disc atau pun lebih dikenali sebagai diskette...



Diskette ini diperkenalkancpada sekitar tahun 1967 oleh syarikat komputer IBM yang terletak di San Jose, California... Terdapat 3 jenis diskette yang diperkenalkan iaitu 8 inci, 5 suku inci, dan 3 setengah inci... 
Kapasiti medium ini paling maksimum ialah 2 MB... Sehubungan itu, medium ini hanya digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen seperti surat, kertas kerja, dan medium penulisan yang lain...


Seterusnya harneez ingin menceritakan mengenai medium penyimpanan maklumat iaitu compact disc recordable atau lebih dikenali sebagai CD-R... CD diperkenalkan oleh syarikat Sony dan Philips pada sekitar tahun 1988... Secara  normalnya CD berukuran 12mm  pada ketebalannya, diperbuat daripada polikarbonat, dan mempunyai diameter 120mm atau 80mm.. Kebanyakan CD yang terdapat di kedai mempunyai capasiti iaitu 1.2 MB / 80 minit atau 1.8 MB / 99 minit...


Baiklah, sekarang harneez akan menceritakan serba sedikit mengenali latar belakang flash drive... Medium ini diperkenalkan pada sekitar tahun 2000 oleh syarikat Trek Technology dan IBM... Kapasiti bagi medium bermula dari 128MB, 256 MB, 512MB, 1GB, 2GB, 4 GB, 8GB, dan 16GB...
Disini harneez akan berkongsi dengan pembaca mengenai komponen asas yang terdapat di dalam flash drive usb...


1USB connector
2USB mass storage controller device
3Test points
4Flash memory chip
5Crystal oscillator
6LED
7Write-protect switch (Optional)
8Space for second flash memory chip



Harneez & Pendrive

Terdapat beberapa kenangan manis dengan pahit yang ingin harneez kongsikan dengan pembaca mengenai pendrive-pendrive harneez...

Pendrive pertama harneez ialah jenis pendrive mini yang berkapasiti 1GB... Harneez membeli pendrive ini semasa harneez berada di tingkatan 2... Harneez membeli pendrive ini di Tesco Extra, Ipoh dengan harga RM 50... Pembaca mesti tidak percaya yang harga pendrive 1GB pada waktu itu ialah RM 50... Hmmm... Harneez mula berminat untuk membeli pendrive ini melalui pengaruh kawan yang menyimpan gambar-gambar kenangan semasa di sekolah ke dalam pendrive mereka masing-masing... Semasa di sekolah harneez, pelajar yang mempunyai pendrive ialah pelajar yang celik IT dan mereka yang mempunyai kemudahan komputer di rumah... Walaupun begitu, harneez tetap bernekad untuk memiliki pendrive... Dari masa ke semasa penggunaan medium ini makin meluas dalam kalangan pelajar di sekolah harneez...

Bermulanya harneez menggunakan pendrive

Ada dalam kalangan pelajar yang menggunakan medium ini dengan cara yang betul iaitu untuk pembentangan kerja semasa P&P, membuat album untuk simpanan peribadi, menyimpan maklumat di dalam internet, dan sebagainya... Tetapi terdapat juga segelintir yang salah menggunakan medium ini... Harneez juga pernah terjebak dalam penylahgunaan medium ini... Tapi harneez akan ceritakan kemudian... =D

Semasa harneez berada di tingkatan 3, penggunaan pendrive semakin berkembang... Sehubungan itu, ramai pelajar yang berminat untuk memiliki pendrive bagi tujuan masing-masing... Harneez bercadang untuk menukar pendrive harneez daripada 1GB kepada 2GB... Nasib harneez memang baik kerana terdapat rakan harneez yang ingin membeli pendrive harneez itu... Harneez menjual pendrive harneez itu kepada rakan harneez dengan harga RM 30 ringgit memandangkan harganya pada masa itu lebih kurang begitu...

Dengan duit RM 30 harneez menambahkan dengan RM 20 untuk membeli pendrive harneez yang kedua iaitu pendrive berjenama Kingstone 2GB...

Sentiasa inginkan kemajuan

Pada masa itu harneez menggunakan pendrive ini untuk menyimpan permainan-permainan seperti GBA dan flash game... Terdapat permainan yang harneez peroleh daripada internet dan ada juga permainan yang harneez peroleh daripada rakan harneez dan junior harneez...
Harneez juga ade menyimpan gambar-gambar artis dan koleksi komik internet naruto mengikut episod...

Semasa pertengahan tahun, harneez telah menukar pendrive harneez kepada pendrive 4GB jenama Pendrive... Harneez berminat kepada pendrive ini kerana kapisitinya yang besar, senang untuk digunakan iaitu seperti prndrive harneez yang terdahulu (terdapat panel untuk menyembunyikan usb connector), dan boleh meletakkan key chain pada belakang pendrive...


lebih kurang begini bentuk pendrive harneez

Semasa harneez berada di tingkatan 4, harneez telah dilantik menjadi pengawas dan ditugaskan dalam biro penerbitan dan publisiti... Sehubungan dengan itu harneez beranggapan bahawa harneez perlu menukarkan pendrive harneez kepada yang lebih besar kapasitinya dan lebih bergaya... Harneez telah membeli pendrive 8GB berjenama Kingmax yang lebih kurang serupada dengan pendrive 4GB harneez... Pada masa inilah harneez menyalahgunakan pendrive harneez yang mengakibatkan harneez hampir dilucutkan jawatan sebagai pengawas... Pendrive 8GB harneez telah dirampas oleh guru disiplin harneez... Harneez menyesal dengan tindakannya tetapi masih mahu untuk menggunkan pendrive bagi urusan kerjanya... Pada pertangahan tahun, harneez telah membeli pendrive baru...

Perubahan kepada lebih baik

Pendrive ini berjenama Transcend yang dibeli oleh harneez di kedai yang berdekatan dengan rumahnya di Ipoh... Harneez menggantungkan aksesori key chain  jersey pasukan bola yang diminati olehnya iatitu Chelsea... Tetapi apakan daya, pendrive ini hanya dapat bertahan selama beberapa bulan sahaja... Harneez telah menghilangkan pendrive ini di cyber cafe yang terletak di Tanjung Malim...

Pada bulan Ramadhan harneez berasa gembira kerana harneez telah mendapat semula pendrive 8GB... Harneez telah diuji kerana guru yang menyimpan pendrive harneez tidak membuang isi yang terdapat dalam pendrive tersebut... Harneez dengan segera memformat pendrive itu menyebabkan pendrive itu tidak dapt digunakan lagi...

Semasa harneez berada di tingkatan 5, harneez telah dilantik oleh lembaga pengawas sebagai ketua biro penerbitan dan publisiti... Harneez telah membeli pendrive baru untuk digunakan dalam pembikinan majalah pengawas dan menyimpan gambar dan lagu harnnez...

Tapi harneez punya pendrive 4GB


 Banyak juga bakti pendrive ini kepada harneez... Harneez menyiapkan majalah pengawas dengan bantuan pendrive ini...
Sehingga kini harneez masih lagi menggunakan pendrive ini dan berharap agar pendrive ini dapat digunakan pada masa hadapan...


Selalu bersama... Sentiasa dihati...

Walaupun nampak buruk tapi pendrive inilah yang banyak membantu harneez dalam melancarkan kehidupan harneez degnan kemputer... Key chain Itachi memang cool dan sesuai untuk dijadikan aksesori pendrive harneez... =)




p/s : gunakanlah kemudahan yang anda miliki dengan sebaiknya agar anda berada di landasan yang betul dan tidak berada dalam kesesatan...



3 comments:

  1. haha..ko mmg..snggup x makan waktu rehat..pastu wktu outing pi beli..ngeh3x..ape2 pon blog ko mmg smart^^

    ReplyDelete