Friday 25 March 2011

My fAvOuRiTe AnIme...

Baiklah, pada post kali ini Harneez akan berkongsi minat Harneez dengan pembaca... Post kali ini berkenaan dengan kartun anime kegemaran Harneez... 


Terlebih dahulu Harneez rasa lebih baik pembaca mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang penulis kartun anime kegemaran Harneez...


Nama : Masashi Kishimoto
Tarikh Lahir : 8 November 1974
Tempat Lahir : Okayama, Jepun
Warganegara : Jepun
Pekerjaan : Pelukis manga
Tempat Tinggal : Okayama Prefecture
Tinggi : 170 cm
Berat : 57 kg




Hmmm... Harneez rasa pembaca mungkin dah kenal penulis kegemaran Harneez ini... Beliau merupakan penulis kartun anime yang terkenal pada masa kini iaitu Naruto... Sebenarnya kartun anime Naruto bukanlah kartun anime yang pertama yang di lukis oleh Masashi Kishimoto... Beliau sebenarnya sudah berkecimpung dalam pembikinan kartun anime ini sejak kecil lagi... Beliau mempunyai impian untuk menjadi seorang Mangaka ( iaitu kartunis dalam bahasa Jepun)... Beliau memulakan karier beliau melalui manga pertama beliau iaitu Karakuri sewaktu beliau berada di art collage.



Melalui manga Karakuri in beliau merangkul anugerah Hot Step (iaitu anugerah bulanan yang diberi oleh Shonen Jump untuk Mangaka amatur) ... Masashi Kishimoto berjaya merangkul anugerah itu dan menempatkan beliau ke landasan impian beliau untuk menjadi seorang Mangaka... 

Semasa beliau graduasi, beliau bekerja keras untuk menghasilkan manga yang seterusnya iaitu "Naruto" di mana plotnya dihantar ke  dan diterbitkan di Akamaru Jump pada 1997... Dua tahun kemudiannya, Naruto diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump dan menjadi manga yang digemari sehingga sekarang... Naruto masih lagi dalam pembikinan dan dijual dalam 100 juta salinan di Jepun secara solo sejak dari tahun 1999...

Berikut merupakan antara usaha Masashi Kishimoto yang menyebabkan dia merupakan Mangaka yang terulung di Jepun...

Manga yang dihasilkan oleh beliau :

- Karakuri one-shot (1996, pemenang anugerah Hot Step)
- Naruto pilot (1997, diterbitkan di Akamaru Jump)
- Karakuri (April 1998- Mei 1999)
- Naruto ( November 1999-sekarang)

Buku yang ditulis oleh beliau :

Naruto  : First Offical Data Book
- Naruto :  The Offical Fanbook
- The Art of Naruto : Uzumaki
- Naruto : Second Offical Data Book
- Paint Jump : Art of Naruto
- Naruto : Third Offical Data Book
- The Art of Naruto : Naruto
- Naruto : The Official Primeum Fanbook

naruto volume 52

my collection

No comments:

Post a Comment