Friday 9 September 2011

~LoNg TiMe nO sEe~

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sudah begitu lama harneez tidak menulis blog... Rindu pula untuk menceritakan kenangan dan pengalaman harneez dengan followers harneez... Pada blog kali ini... Suka untuk harneez menceritakan mserba sedikit mengenai institusi pengajian terbaru harneez... Untuk pengetahuan semua harneez sekarang sudah 8 bulan lebih belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang... Kolej ini sudah beroperasi lebih kurang 10 tahun... Kiranya, KMPP merupakan antara kolej matrikulasi yang tertua di malaysia...

KUALITI, MESRA & PROGRESIF

Pada tahun ini, terdapat sedikit perubahan dalam pengkelasan pelajar matrikulasi... Terdapat tiga modul diperkenalkan pada tahun untuk pelajar matrikulasi yang mengambil jurusan sanis...  
  • Modul 1 : Biologi, Fizik, Kimia, Matematik
  • Modul 2 : Fizik, Kimia, Sains Komuter, Matematik
  • Modul 3 : Biologi, Kimia, Sanis Komputer, Matematik
Harneez mengambil modul 2... Bukan kerana tidak berminat kepada subjek Biologi tetapi harneez lihat harneez lebih berpotensi untuk memperoleh keputusan yang cemerlang apabila harneez memasuki modul ini... Andai kata terdapat modul 4 iaitu subjeknya Biology,Fizik,Sains Komputer, Matematik... Sudah lame harneez pilih... Cuma dalam program matrikulasi subjek Kimia dan Matematik merupakan subjek teras... Jadi hajat harneez untuk memilih modul 4 (angan-angan) tidak kesampaian... =(

Harneez ditempatkan dalam praktikum F3P5... Mula-mula harneez menjejakkan kaki ke tempat perjumpaan LDK harneez tidak berapa mesra dengan kawan baru... Biasalah, mungkin mereka lebih cemerlang dariapada harneez... (Bajet la ak x semenrlang sangat)... =)

MK 5

Sewaktu aktiviti plup..plup... Awal benor kalah... Hehe...


Harneez dan kawan-kawan baru diorentasi selama seminggu untuk mengenali KMPP dengan lebih dekat... Dibantu oleh abang Fauzan iaitu fasilitator bagi praktikum kami... harneez kasihan juga melihat abang Fauzan sewaktu mengendalikan praktikum kami pada awal waktu kami berkenalan... Respon yang dia terima daripada kami tidak begitu memuaskan... Tetapi berbekalkan semangatnya... Pada akhir program orientasi kami memberikan respon yang terbaik kepada dia...

Fasi terbaik...TQ so much...

Slogan dia yang famous semasa minggu orientasi itu ialah "ha.. dah nampak dah permainan dia...".. Itulah yang menjadi kenangan manis bagi praktikum kami...
Pada malam perpisahan bersama fasilitator... Abang fauzan ada memberi nasihat bagi kami untuk menghadapi situasi di KMPP.. dia juga belanja praktikum ais krim.. (itu yg sebenarnyer nk cakap.. nyam3).. 

Praktikum lama...

Baiklah... Sekarang harneez nak cerita mengenai kehidupan harneez di KMPP dan serba sedikit pengalaman harneez sepanjang berada di sini...

Kelas di KMPP bermula seawal 8 pagi hingga 5 petang kelazimannya... Kami pelajar KMPP tidaklah belajar terus 9 jam... Pentadiran KMPP ada juga memberi masa rehat lebih kurang dua jam kepada pelajar... Di KMPP terdapat tiga sesi pembelajaran iaitu amali (Sains Komputer, Kimia, Fizik), Tutorial, dan Kuliah...

Experiment time... =o

Barisan belakang... Alamatnyer mmg x blajo le...

Mentor mantee session...

Tutorial Class.. (forum agama)

Bailahlah... Hmm... Seterusnya harneez nak cerita sikit mengenai mengalaman manis yg sempat dirakam oleh harneez semasa berada di KMPP... Pertamanya sewaktu larian 1sukan 1 malaysia... Hehehe.. Walaupun tidak berlari dan tidak berapa jauh sangat (1.5 km jer).. Tapi harneez rasa gmebira sekali kerana dapat mengimbau kenangan sewaktu harneez berada di sekolah rendah dan sekolah menengah... Teringat pula harneez sewaktu melibatkan diri dalam acara merentas desa.. Di KMPP lebih daripada 2000 orang pelajar... Jadi, harneez memang rasa teruja apabila menyertai larian pada kali ini sebab bilangan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah harneez tidak sebanyak pelajar yang berada di KMPP..

0880... no terbaik... tulis pkai marker je.. hehe...

Seterusnya, pada bulan ramadhan harneez lebih menumpukan kepada UPS  (Ujian Pertengahan Semester)... Walaupun ujian ini hanya mengambil kira 10% daripada PSPM (Penilaian Semester Program Matrikulasi)... Tapi harneez tetap berazam untuk mencapai keputusan yang terbaik.. Antara aktiviti yang harneez lakukang semasa bulan ramadhan ialah berbuka puasa bersama rakan di Kailan...

senyum je la.. padahal dh lapar tu...

jejaka klate.. =p

Harneez juga selalu kelar pada hujung minggu... Terfikir juga harneez kalau keluar confirm duit melayang macam daun luruh ditiup angin kencang.. Tapi apakan daya... Ajakan daripada sahabat, kena ikutlah juga... 

Teman kawan pegi saloon... 

3D Time...

Naik rapid peneng tu...


seronoknyer die....

monyoknyer... tgah tggu kwn blanje mkn roti canai kt bawah jambatan...

Baiklah, harneez rasa cukuplah sampai di sini dahulu.. Diharapkan anda semua enjoy dengan post kali ini...
Semoga jumpa lagi....=]









No comments:

Post a Comment